Pages

Friday, December 24, 2010

Prakata
Sebuah karya monodrama yang ditampilkan secara fragment tetapi dalam ruang tema yang sama, tidak mengikut kronologi , plot bebas untuk memilih mana – mana fragment untuk menjadi pembuka dan penutup cerita. Pokok persoalannya adalah tentang Melayu yang bingkainya adalah bangsa Melayu. Set yang dicadangkan adalah set functional yang merangkumi suasana  “Ratap Melayu”. Ini di sebabkan setiap fragment adalah mewakili latar waktu yang berbeza, lalu peranan penataan cahaya dan penataan muzik menjadi  amat penting. Teater ini boleh dieksperimentkan mengikut upaya kreativiti masing – masing.

Para pelakon:
1.       Malim – pemuda revolusi, serius memikir soal kehidupan.
2.       Pengkaji – seorang tua yang sewel, buku dan beg adalah temannya.
3.       Wiliam – seorang  melayu yang suka bercakap selanga orang putih.
4.       Mak Cik Yam – sudah berumur berasal dari perak.
5.       Apek  - lelaki cina tua.
6.       Pemuda – masih muda, orang Bandar kl
7.       Meon – lelaki berasal dari kedah.
8.       Mak Yah – seorang lelaki lembut.
9.       Pak Dolah – berasal dari Kelantan sering memakai semutar.
10.   Mat gian – penagih dadah
11.   Miki – penagih dadah.











Prolog
Ratap ini bukan sekadar ringisan
Ini ratap Melayu bangsa berketuanan
Menjadi hamba atas bumi sendiri
Tak berkuasa pada hak nan azali

Tanah ini milik Melayu!
Tiada erti seribu keluhan meratapi
Sulalat- al- salatin sejarah bangsa Melayu
Menjadi lambing keagungan masa lalu

Melayu kini meratapi perbuatan sendiri
Jati diri makin hilang di telan kealpaan
Melayu kini tinggal sisa – sisa kehormatan
Tidak mampu menunjangi akar bangsa sendiri

Malim : aku mesti membuat sesuatu untuk diriku dan juga keturunan ku. Ya…aku sudah memikir dan menanggung bebanan ini dan sudah sampai masanya aku meluahkan perasaanku. Aku mesti berani meneruskan hidup! Bukankah keberanian adalah tapak dasar sebuah perjuangan diri. Ya! Aku mesti buat satu revolusi dalam hidup ini ! ya…”revolusi! Aku mesti keluar dari menjadi Melayu.”
( Deklamasi )
Seluruh bangsa Melayu bersatulah!
Tuntut hak keistimewaan mu di tanah sendiri
Sedangkan aku masih terus memikirkan
Perlukah aku keluar Melayu?


Ketika bangsa lain menghantar memorandum
Mendesak meluputkan hak keistimewaan Melayu
Mahukan hak kesaksamaan demi bangsanya
Sekali lagi aku di lontar perhitungan
Betapa beruntungnya menjadi bangsa Melayu.

(muncul pengkaji di tangan memegang sebuah buku, menggalas sebuah beg berisi buku jugak )
Pengkaji              : Dah bertimbun – bertimbun buku aku baca! Mengkaji tentang budaya dan kehidupan bangsa Melayu. Semuanya baik kerana kajian yang di buat berlandaskan cerita melayu zaman pemerintahan Melaka. Melayu masa kini dan Melayu akan datang bagaimana? Entah lah? Ini dalam buku ni semua menceritakan tentang Melayu zaman dahulu…….Sulatus salatin…….kau  orang penah baca ke?
( Jeda dan lampu bertukar kepada suasana dalan bar, seorang lelaki menhisap sebatang cerut )

Wiliam                 : waiter…please!! Oh…air sikit – sikit mabuk. Tak apa minum – minum, malam ini aku belanja. Come – on Rozi jangan malu – malu duduk sebelah I. You Tanya apa tadi oh..I berbangsa apa ? aku orang Melayu kerana Melayu itu adalah keturunan I, lagu dan rentak asli adalah warisan moyang I. Tapi I terpaku depan tv terpesona dan terleka dengan gelekan irama hindi, hip hop, jazz sedangkan joget serta canggung bosan I hayati, pantun seloka, gurindam telah mati dalam jasad sendiri.
( lampu bertukar kepada suasana siang hari dalam sebuah kota raya )

Pemuda               : Maaf !! uncle sudah lama duduk Malaysia, boleh saya Tanya sikit tentang budi bahsa orang Melayu?
Apek                     : Haiya…dulu wa ada seorang kawan sana duduk kampong banyak baik hati. Wa boleh cakap, Melayu itu kaya budi bahasa, Melayu itu hormat – menghormati, Melayu berani kerana benar, Melayu terkenal adat dan sopan.
Pemuda               : Tapi sekarang saya dengar ada Melayu sudah tidak suka jadi Melayu lagi!! Sudah mau jadi orang lain!! Soal hak dan Budi bahasa pon sudah kena kempen!!
Apek                     : Gila…punya orang !! itu Melayu sudah cukup baik ! sudah patut cakap terima kasih sama Tuhan ! mau keluar melayu ka ! gila !!
( lampu bertukar Mak Cik Yam tengah menyapu halaman )

Mak Cik Yam      : Orang kata orang Melayu ni pemalas !! betul ke?  Tak percaya pergi tengok kat kedai kopi pergi periksa Tanya siapa yang layak di panggil bangsa subsidi ! dapat masuk universiti  pun pasal orang Melayu di beri keutamaan, bila dah dapat malsas nak belajar !! orang lain kata kita nie bodoh, dungu tak boleh di harap !! tapi anak Melayu tersengih sahaja. Kalau di banding  dengan anak bangsa lain……macam langit dengan bumi la, yang duduk berniaga tepi jalan tu pun lebih pandai !! mak cik mulanya pun tak tahu…… benda – benda semua ni tapi anak mak cik yang dok kerja di universiti tu cerita….oh…macam itu….!!
Malim                   : ( Deklamasi )
                               
                                Meraunglah ke seluruh buana
                                Menjeritlah seantero dunia
                                Akulah anak Melayu……akulah bangsa Melayu
                                Akulah Melayu hakiki….akulah Melayu hakiki.
                                Sejenak cuba selak jati diri

                                Benarkah aku melayu sejati atau sekadar tertulis
                                Pada surat beranak yang sudah sedia terisi

                                ( Jeda. Lampu bertukar pada waktu lain )
Meon                    :Woi ….Kadir!! sini sekejap, yang engkau ni ke hulu ke hilir dengan baju melayu ni apa pasal ? pakai baju melayu tu jadikan engkau lebih melayu dari aku ke? Aku persoalkan suatu ketika, bagi harimau yang di kejut tidurnya!! Aku diingatkan dengan nada nan sinis… cisa “ Takkan Melayu hilang di dunia….Wasiat kalimat penuh azimat yang tak mampu di gugat oleh sesiapa !!” konon…!! Kadir, zaman Hang Tuah dah lama berlalu cuba teliti sekeliling kita ! Ungkapkan keramat itu pun sebenarnya dah jadi kata – kata  tertulis dan tersimpan dalam muzium saja.

                                ( Lampu bertukar masuk pengkaji dengan gembira )
Pengkaji              : Adapun pada zaman ini negeri  Melaka terlalulah ramainya, segala dalang pun bertambah – tambah berkampung ; dari sebelah kampong keeling datang ke Kuala Penajuh, rapat rumah, orang pergi – pergian dari Melaka hingga datang ke Jugra tiada membawa api; barang di mana ia berhenti, disanalah ada kampung orang. Dan dari sebelah sini datang ke Batu Pahat, demikian juga ; kerana rakyat Melaka Sembilan belas laksa banyaknya yang dalam negeri juga itu.

                                ( suasana hampir senja di kaki lima kota seorang mak nyah menanti )

Mak Nyah            : Mana jantan ni janji pukul tujuh sekarang batang  hidung pun tak Nampak…janji nak tengok wayang, hiss menyampah betul jantan macam nie….(mengomel dan melihat jam serta mengeluarkan handphone ) Helo…helo bang kat mana ni ? dah lama I tunggu tau janji kata nak tengok wayang ! apa…on the way…abang nak beli aiskrim…bestnya….i nak cornet…ok…bye…. I tunggu you ( tutup   telefon )
                                ( kepada penonton ) Hai….. nama saya Sally di kampung orang panggil salleh, boyfriend I ni kerja kat bank, pagawai lagi,…. Handsome tau…..tapi selalu tak tepati janji !! benci tapi…..bencii – benci pon sayang…. (mengada- ngada )

                                ( Menyanyi )

                                Kalau belum bias aku mendapatkan
                                Sampai bila pun akan ku perjuangkan
                                Sungguh mati aku jadi pensaran…
                                Sampai bila pun akan ku pertahankan
                                Memang dia yang paling tampan….
                               
( Tiba – tiba terdengar bayi menangis )

Hey…..ada budak menangis lah !! di mana ya…(mencari – cari ) Ehmmm dalam tong sampah ni hah..(terkejut) macam mana ni (takut – takut ) tolong… tolong…hey bang tolong !! macam mana ni ? Hey tolonglah orang tengah sesak ni !! (keluar suara jantan dan mula perasan ) nasib baik orang tak dengar kalau tidak rosak business aku !! (mengambil bayi dalam tong sampah )Diam….diam jangan nangis !! hah lampin pon ada, botol susu pon ada !! hah…nota pon ada…(ambik dan baca) peliharalah anak ini agar menjadi anak bangsa Melayu yang berguna. (menangis ) Ehh…bayi yang comel I anak orang melayu ! (marah)

(pengkaji duduk sambil membaca buku di tangannya dengan penuh semangat)


Pengkaji              : Setelah sekata kelimanya, lalu bersama – sama naik keatas balai larangan, yang tengah penuh sesak oleh orang mengadap Bentara Majapahit. Setelah segala juruganjur itu terlihat Hang Tuah, orang berlima naik ke balai larangan, maka datanglah meradakkan ganjurnya kepada orang belima itu; maka bersamalah rupa tombak yang datang, semuanya di pancung oleh Hang Tuah. Lima puluh datang, kelima puluhnya habis putus di pancungnya dengan keris tempa Melaka itu; seratus datang ke seratusnya habis putus, dan dua ratus datang, kedua ratusnya habis putus di pancungnya. Maka hang Tuah sangatlah terbilang.

                                (kelihatan Pak Dolah sedang menyuruh beruk memetik kelapa sambil berbual dengan seseorang )

Pak Dolah            :Huh…binggung bintang ni, bukan yang itu yangsatu lagi !! dah satu jam sebijik pun tak dapat lagi!!kalau macam ni…baik aku hantar balik kat Nasir tak mau pelihara lagi binatang  beruk ni!! Hah…yang  tu la….aduh!! Kau lempar atas kepala  aku…binatang beruk!!  (kepada seseorang) Apa Leman…hak duduk merusuh,menunjuk perasaan di pusat Seranti memprotes menagih kepuasan diri!! Suara lalok anak bangsa kita sendiri….!!! Nak jadi apalah !!! daripada beri makan dalam pusat pemulihan tu, Apakata kalau kita tangkap yang  dok  tunjuk  perasaan beri buaya dalam zoo buat makanan!!

                                (lampu bertukar)
Meon                    :Jiran saya dulu seorang perempuan Melayu berkahwin dengan Mat Saleh…..dah tak tau makan belacan lagi dah!!! Lebih suka makan keju , sosej,westen food. Bercakap pun dah berbau mat saleh.Bila dapat  anak dah tentu hidung mancung macam bapak dia. O.k saya berpindah tempat lain berjiran pulak dengan orang melayu kahwin dengan lelaki cina, tengok anak – anak semua mata sepek macam cina la. Saya tak kisah sangat, tapi bila baru –baru ini saya berjiran dengan melayu  yang berkahwin dengan India…semua anak – anaknya gelap !!
                                (berfikir) saya rasa macam ada sesuatu tak kena dengan genetik orang  Melayu, saya rasa dia ni dah sewel …dia pun berkata pada saya bahawa genetik orang Melayu paling lemah!!!
                                (lampu bertukar)
Malim                   :Di sudut penghidupan yang lain!!!
                                (lampu bertukar)
Mat gian              :Hey…miki !!pinjam gua sen sikit, gua tak makan lagi la.
Miki                       :Gua pun tak ada, jom lak kita celok kay mana-mana, kasut kat masjid !! Boleh jugak buat modal tikam nombor  ekor , cepat la kaya cikit.
Mat gian              :Apalah lu ni !!!.....gua tak main tikam-tikam tu….!!gua Cuma tarik-tarik je !! Itu pun time gau boring !!!
Miki                       :Hah kalu nak bahan untuk tarik….jom lah kita pergi buat projek !!
Mat gian              :Malas lah gua…gua tau lu mesti ada sen punya , bagi kat gua sikit !!
Miki                       :Lu asyik  mintak kat gua tiap-tiap hari , muka lu pun gua naik menyampah  tau tak !!!.
Mat gian            :Cakap-cakap baik sikit !!! Nanti gua belasah baru tau…
Miki                    :Eleh !!! sekali gua tolak dah jatuh !! pergi…
                                (menolak dan pergi)
Mat gian           :Aduh…sial kau !! Bahlol !! p.u.k#>%*….M.a. engkau lah..
                                (lampu bertukar)
Malim               :Alangkah indahnya bahawa jiwa bangsa anak Melayu !! p.u.k…m.a. engkau !!
                                (Lampu bertukar kepada suasana bar)
Wiliam            :Ha…ha…(ketawa) marah pada I pasal tak bangga dengan bangsa  Melayu , Come on I ini melayu  moden  !!! gaya dan cara hidup mesti berubah bahkan  cara berfikiran . Zaman sekarang  zaman  kemajuan dan globalisasi , banga apa pun tu tak  kisah …..yang  penting  poket mesti penuh  !!!  Kalau ada wang ada harta …..semua orang  akan  hormati  kita dan boleh buat apa saja (mengeluarkan wang ) ok.Rozi malam ni I ingat nak…i….nak….(merebah kapala kepada  Rozi)
Meon                    :Teori yang kata bahawa genetik  orang  Melayu  paling lemah memang betul  pun  !!! …senang saja  ambik perbandingan  pada pokok-pokok kayu…..pokok yang  benih  tidak kuat pasti mudah terkena pelbagai penyakit . itulah perbandingan terhadap orang Melayu . Anak orang Melayu yang paling banyak terkena perbagai penyakit social !!! (sedih )kalau lah bangsa kita terlalu lemah apa akan terjadi  pada generasi akan datang…..saya munkin sudah tua tapi anak-anak muda akan datang pasti akan hidup tanpa maruah diri.
                                (Pengkaji dalam keadaan muram dan sedih)
Pengkaji              :Alkisah maka tersebutlah perkataan Alfonso d’ Albuquerque, setelah ia turun daripada wizurai, maka ia pon naik ke Portugal menghadap raja Portugal, minta armada. Maka diberi oleh raja Portugal empat buah kapal yang besar, dan lima buah ghali panjang, maka Alfonso d’Albuqueque pun turun  ke Goa: berlengkap pula   di Goa tiga buah kapal delapan ghalias, empat buah ghali panjang, enam belas buah fusta, menjadi empat puluh tiga buah semuanya, maka pergi lah ia. Setelah datang ke Melaka, maka orang  Melaka pun gemparlah;
Malim                   (Deklamasi) Kemudian hari nanti anak , cucuku dan keturunan ku akan  di pandang hina kerana  bapaknya  seorang pembelot !!! seorang pengkianat bangsa ….Mafkan…bapamu , atukmu kerana revolusi ini !!!
                                (Berjalan dan duduk atas kerusi)
                                Apakah kamu semua ingin mewarisi bangsa melayu tanpa sekumit harga diri .(Tunduk atas meja)
                                Lampu padam perlahan-lahan
                                Tamat..